Friday, January 25, 2013

Terima Kasih...

Salam Mates,

Hari ni gua nak share satu cerita yang agak bestlah disamping kemenangan Darul Takzim FC semalam ada satu cerita yang boleh nak dikatakan kelakar jugaklah. Macam yang korang semua tau Inter Johor Firms ni wujud lepas tu jadi bahan lawak tawa orang lain dan mungkin firm lain yang ganas2 kat Malaysia ni. Banyak pertikaian yang datang pada kami yang melibatkan blog ni dan juga penggunaan social media kat alam maya ni macam page dan twitter. Ada bijak pandai dalam bidang firm ni kata satu firm tak payah ada page dan kena hidup dalam gelap. Kami tak cakap benda tu salah tapi adakah menjadi satu jenayah kalau kami ada page?


Ni satu daripada firm kat UK. Nama firm ni Inter City Firm. Firm untuk West Ham United... Nak Lagi...


Yang ni pulak page untuk Man U Redarmy. Firm untuk Machester United. So apa lagi nak kecoh takkan nak kena paste satu-satu page firm kat dalam dunia ni baru kau nak jadi pandai kan. Jadi kat sini tak jadi satu masalah negara pun kalau firm ada page.

Ni satu hal, ada pulak page sukan yang tak puas hati cakap kami buat page nak kumpul like dan nak jadi popular. Weyh! kalau dah buat page memanglah nak kena ada like kalau tak buat personal account je bang. Kami buat page untuk kaum-kaum kami je. Takdepun paksa sesiapa like dan takde pulak kami buat iklan kat TV suruh orang like. Korang yang pegi like lepas tu sakit hati siapa yang bodoh sebenarnya ;).

Kalau bab populariti pulak kami takde mintak populariti pun. Bukan macam sesetengah page yang nak tarik likers dengan buat statement murah itu lagi hina. Kami takde kacau orang pun der. Yang lu sakit ati sangat kenapa. Dan blog ni pulak kami buat untuk kaum-kaum kami baca der takde pulak suruh lu orang baca. Kalaulah kami nak popular sangat dengan blog ni kami dah ping kat blog aggregator. Apa kau baru belajar jadi blogger ke? Kami cuma letak dekat group dengan dekat page untuk likers kami baca. Jadi ada masalah kalau nak belajar jadi blogger meh gua ajar...

Yang ni best part. Kat twitter kami hari-hari kena serang dengan akaun bacul! Buat fake account lepas tu serang. ahaha macam budak umur 5 tahun je penakut. Ni satu kes :


Tweethandle dirahsiakan atas dasar hormat sesama manusia. Tengok avatar je cukup. Dia nak bahan kami dan kami takde makipun at last bila cakap terima kasih dia pulak melantun. Lu ada masalah otak ke? Pelik manusia sekarang ni muda-muda dah biol haha.

 Yang ni pulak tak tau apasal meroyan tak pasal-pasal. Gua suspect lu baru start main twitter kan der. Dia cakap dia buat akaun ni khas untuk Inter Johor Firms sebab dia kata kami bangang tahap dewa. Tapi der lu perasan tak lu yang bebal tahap gaban. tweet handle tu melambangkan tweeple der. lu bikin akaun tu maksudnya nama tu lu punya bukan kami. Lain kali kalau baru-baru nak nak sentuh twitter belajar dulu maksud tweethandle, hashtag dan segala bagai benda dalam dunia twitter jangan tunjuk bangang der.

Ni adalah antara kisah lawak minggu ni. Serius kami tak faham dengan manusia yang type macam ni. Orang banjar kata BUNGOL! Lagi satu terima kasih pada korang yang sanggup buat pengiklanan free untuk kami. Tulis blog pasal kami dan post macam-macam pasal kami. Kalau ikut hakikat dunia memang kami tak rugi apa-apa sebab kami hanya duduk buat kerja kami dan yang mempopularkan kami ialah kamu semua haha. Tanpa anda semua kami memang duduk dalam jalan gelap je dan orang takkan kenal kami dan tau kami wujud dalam kancah bola sepak Malaysia ;). Nasihat kami lain kali kalau tak suka boleh berambus kurang sikit sakit hati korang tu haha...

Ingat ayat ni :

Your Hates Makes Us Stronger! ;).

Friday, January 11, 2013

11-01-2013 - Kami Yang Semakin Kuat Dan Besar, Yang Lain Jangan Dengki

Assalamualaikum,

Apasal terkejut? Terkejut dengar budak-budak firm/casual bagi salam? Weyh kamipun Islam lah! Sekarang ni dah ramai yang pelik pasal Inter Johor Firm. Jangan pelik kami tak makan manusia sebab kamipun manusia biasa. Kewujudan kami takde kena mengena dengan perjalanan hidup pemilik page yang asyik dok kondem kami. Kami jugak bergerak tak guna duit dalam akaun Maybank korang. Jadi kalau tak suka boleh pergi jahanam!

Macam yang kami cakap dalam page kewujudan kami adalah untuk menyokong perjalan bola sepak #HarimauSelatan . Jadi dah tentu kami akan bermula dengan stadium kami dulu ye tak? Takkan sokong Johor tetiba game kat larkin tak pergi tapi game kat Kota Bharu muncul. Gambar-gambar kat bawah ni membuktikan kami buat apa yang kami cakap :





Nampak tak kemeriahan crowd kami. weyh bukan senang nak buat crowd dalam masa yang singkat. Bukan kat seat je weyh bendera kami ada dah sampai ke atas padang dah pun. Jadi kepada haters, sorry to saylah korang cakap kami tak faham pasal hooligan tapi sebenarnya korang yang patut disekolahkan pasal hooligan-hooligan ni ;).

Apapun thanks pada yang menyokong Inter Johor Firms ni. Mungkin ramai yang cakap untuk apa kami buat blog dan page sedangkan casual & firm sepatutnya wujud underground. Jawapannya tak salah bikin perubahan tak susahkan sesiapapun. Dan dua medium ni kami gunakan untuk support perjalanan kami. Lainlah kalau haters nak sponsor kan ;). Akhir sekali #luaskankuasamujohor

Bendera Inter Johor Firms Berkibar

Assalamalaikum,

Sekarang ni ramai 'Keyboard Worrior' yang tak habis-habis nak hentam kami. Satu ayat je untuk korang... Pegi Mampos! Takat tulis je korang tau mengutuk tak habis-habis. Kalau berani mari turun stadium kita berentap.


Kami sudah ada bendera! Mungkin kali ni misi kami ialah untuk bawak crowd ke Larkin dulu. Lepas ni kami akan muncul di stadium lawan. So keyboard warrior sekalian alam. Jangan tau asyik nak memperlekehkan orang lain sedangkan korang tu langsung tak tau apa.

Anyway thanks for the support and make us more stronger mates!

Wednesday, January 9, 2013

07-01-2013 - Bermulanya Pergerakan Inter Johor Firms

Assalamualaikum,

Dengar-dengar ramai yang tengah riki line nak tau apa itu IJF. Dan kalau tak silap dah ada satu dua page yang kurang bermoral sebut pasal IJF. Satu kami nak cakap terima kasih sebab popularkan kami walaupun sebenarnya kami tak mintakpun. So tak payah nak serang kami dengan hantar askar join group haha....


Dari logo memang nampak macam kami ni jahat gila. Biar nampak jahat tapi hati mulia dari nampak mulia tapi hati kotor ye dak? So kat sini kitorang dah start aktiviti hooliganism pada 07-01-2013 kat Larkin. Time tu match Johor FA lawan Sime Darby.


Ni buat permulaan untuk IJF. Not bad... Bukan senang nak hidupkan group ataupun organization yang baru. So plan-plan kayuhlah. Takkan hari ni bukak group terus nak ada ahli juta-juta ye dak? Apapun thanks pada  IJF members yang datang tengok bola masa lawan Sime Darby. We expect more this Friday guys! So hooked up together and walk with full of pride!

Admin - Bean Moreno

Tuesday, January 8, 2013

Perlawanan Liga Super - Johor Darul Takzim Rebah Di Darul Makmur

Asslamualaikum,

Semalam macam yang semua tahu team Johor Darul Takzim bertandang ke Stadium Darul Makmur. Berbekalkan keyakinan di atas kemenangan Johor FA masa 4 Penjuru hari tu JDT dengan selamba tak turunkan star.


Kami rasa kebanyakan budak Inter Johor Firms pun ushar dari jauh je match semalam. Yelah nak pegi tengok kat stadium ongkos ngak cukup ye tak? Tapi takpe kat manapun kita janji football spirit tu kena ada baru hooligan. Match semalam confirm ramai yang nak tengok sebab JDT turun sebagai pasukan pilihan. Yelah star banyak mesti orang nak tengok. Ada jugak yang nak tengok JDT kalah semalam So doa diorang termakbul ;).

Hari ni confirm surat khabar bahagian sukan tengah keluar ayat-ayat sindir. Dan kat page-page benci JOHOR pun dah banyak status memperlekehkan pasukan #HarimauSelatan. Untuk yang tak tengok kita ushar highlight jap :


So kat sini kami IJF dapat rumuskan beberapa faktor yang buat Johor Darul takzim kalah semalam :

1. Overconfident
Player terlalu confident diorang boleh menang sebab kemenangan Johor FA masa 4 penjuru. So diorang pandang rendah pada lawan.

2. Defender Teruk
Saya tengok semalam first half yang ok Tuah je. Muslim berapa banyak kali nak buat salah. So bila Tuah dah main gila-gila first half tentu second half dah penat. Bila dia penat tu yang Pahang masukkan Gopi. Kalau perasan Pahang asyik attack bahagian Tuah je second half.

3. Taktik Pahang Superb
Serius taktik Pahang semalam memang terbaik sebab first half diorang kasi JDT attack kow-kow so diorang boleh simpan tenaga untuk second half. Semalam tengok Guiza second jalf dah lembik.

4. Taktik Fandi Ahmad Tak Jadi
Selain kesilapan merehatkan Star (mungkin nak simpan untuk lawan Perak) formation pun dah tak betul first half. Nak betul-betul attack dan main offside trap mainlah 4-3-3 (wah dah macam manager pulak). Ni dah nak abis time palyer pun dah sangai baru nak letak 4-3-3.

So kat sini kami IJF harap lepas ni Fandi Ahmad boleh fikir macam mana nak kuatkan defensive sebab kat situ memang teruk semalam. Serangan tak payah risau sangat sebab ada 3 sticker star.

Admin- Bean Moreno