Tuesday, January 8, 2013

Perlawanan Liga Super - Johor Darul Takzim Rebah Di Darul Makmur

Asslamualaikum,

Semalam macam yang semua tahu team Johor Darul Takzim bertandang ke Stadium Darul Makmur. Berbekalkan keyakinan di atas kemenangan Johor FA masa 4 Penjuru hari tu JDT dengan selamba tak turunkan star.


Kami rasa kebanyakan budak Inter Johor Firms pun ushar dari jauh je match semalam. Yelah nak pegi tengok kat stadium ongkos ngak cukup ye tak? Tapi takpe kat manapun kita janji football spirit tu kena ada baru hooligan. Match semalam confirm ramai yang nak tengok sebab JDT turun sebagai pasukan pilihan. Yelah star banyak mesti orang nak tengok. Ada jugak yang nak tengok JDT kalah semalam So doa diorang termakbul ;).

Hari ni confirm surat khabar bahagian sukan tengah keluar ayat-ayat sindir. Dan kat page-page benci JOHOR pun dah banyak status memperlekehkan pasukan #HarimauSelatan. Untuk yang tak tengok kita ushar highlight jap :


So kat sini kami IJF dapat rumuskan beberapa faktor yang buat Johor Darul takzim kalah semalam :

1. Overconfident
Player terlalu confident diorang boleh menang sebab kemenangan Johor FA masa 4 penjuru. So diorang pandang rendah pada lawan.

2. Defender Teruk
Saya tengok semalam first half yang ok Tuah je. Muslim berapa banyak kali nak buat salah. So bila Tuah dah main gila-gila first half tentu second half dah penat. Bila dia penat tu yang Pahang masukkan Gopi. Kalau perasan Pahang asyik attack bahagian Tuah je second half.

3. Taktik Pahang Superb
Serius taktik Pahang semalam memang terbaik sebab first half diorang kasi JDT attack kow-kow so diorang boleh simpan tenaga untuk second half. Semalam tengok Guiza second jalf dah lembik.

4. Taktik Fandi Ahmad Tak Jadi
Selain kesilapan merehatkan Star (mungkin nak simpan untuk lawan Perak) formation pun dah tak betul first half. Nak betul-betul attack dan main offside trap mainlah 4-3-3 (wah dah macam manager pulak). Ni dah nak abis time palyer pun dah sangai baru nak letak 4-3-3.

So kat sini kami IJF harap lepas ni Fandi Ahmad boleh fikir macam mana nak kuatkan defensive sebab kat situ memang teruk semalam. Serangan tak payah risau sangat sebab ada 3 sticker star.

Admin- Bean Moreno

4 comments:

  1. Pada aku,kelemahan ketara sebenarnye berpunca di bahagian tengah,kita sebenarnya gagal menguasai bahagian ini yg mana penguasaan oleh pihak lawan amat ketara..kekosongan yg ditinggal oleh kapten kita syafiq rahim ketika membantu serangan gagal diisi pembantunya,kurangnya persefahaman & komunikasi antara pemain juga adalah satu faktor,yg mana pemain kita hanya dpt dikumpulkan sepenuhnya selepas Suzuki Cup.Tapi sebenarnya itu bukan lah alasan yg kukuh kerana mereka ini hampir keseluruhannya telah bermain bersama di dlm pasukan kebangsaan,kelonggaran bahagian tengah ini memaksa benteng pertahanan bekerja lebih keras cuba menyerap asakan bertali arus dari pasukan Pahang yg ternyata bijak memasukkan pemain tempatan yg dgn larian pantas.

    Sikap terlalu memandang rendah perlawanan & sikap cepat berpuas hati ternyata membawa padah pada pasukan kita,sikap ini perlu dikikis.Banyak wang yg telah dibelanjakan untuk membina pasukan ini.Diharapkan pada pemain2..bermainlah dgn sepenuh hati & bersungguh,Be a profesional player..Sekarang ini seluruh Malaysia memerhatikan kita,mereka sgt gembira jika dapat menewaskan kita.Jangan hampakan harapan seluruh rakyat JOHOR,
    Come on bro!,waktu bulan madu sudah habis,liga sebenar telah bermula..Masa untuk berdepan realiti.

    Kekalahan ini sebenarnya ada hikmahnya..Ayuh bangkitlah Harimau Selatan ...Bangkit!!!

    ReplyDelete
  2. Yang menang lawan Pahang dalam kejohanan 4 penjuru tu Johor FA bukan Darul Takzim. Fans sendiri pun boleh salah fakta ke?

    ReplyDelete
  3. ajib - sangat setuju...bila tengah low bawahpun low jugakkan ;)

    ReplyDelete
  4. jijan - xde pulak cakap dalam tu Johor Darul Takzim menang dengan Pahang... Maksud ayat tu #HarimauSelatan yang menang. So bila team Johor FA boleh menang dengan Pahang so team star overconfident ;)

    ReplyDelete